Saturday, October 30, 2010

Mak....SeLaMaT HaRi LaHiR =)

** 30 OKTOBER 2010~ hari ulang tahun kelahiran insan yang paaaaaling aku SAYANG, iaitu Puan Hasimah Binti Abd. Rahman... Selamat hari lahir MAK..!!=)


Hari ni, yang tu saja mampu aku buat selain berdoa untuk mak. 
Tiga hari sebelum ni, aku dah tempah khas sepasang kasut sebagai hadiah pada hari ulang tahun kelahiran mak. Aku plan nak buat surprise kat mak.. Tapi malangnya, saiz kasut yang aku tempah tu terkecik la pula.. Hadooii.. Kaki aku dengan kaki mak sama saiz. Jadi, masa aku buat tempahan tu memang yakin la ikut saiz kaki aku.. Nasib baik tuan kedai kasut  tu benarkan pelanggan dia tukar saiz kasut. Tq tokeii... Cuma aku terkilan sikit la kan, sebab tak dapat nak buat kejutan on this special day.. Terpaksa la aku postpone plan kejutan tu....=(


** Tak lupa juga untuk cikguku tersayang, Puan Adilah Mohammad Mazli.. Selamat hari lahir.. Cikgu adalah mak saya yang kedua..=) Teringat macam-macam kenangan antara saya dengan cikgu & kawan-kawan masa kat DERMA dulu.. Peristiwa paling saya tak boleh lupa, dapat makan TOM YAM kat rumah cikgu. Terbaik..!! Hehe..


Untuk kedua-dua IBUku.. terima kasih di atas segalanya.. seumur hidupku belum tentu dapat membalas segala budi dan pengorbanan kalian.. Hanya Allah saja yang tahu betapa besarnya jasa-jasa kalian.. Aku amat berharap dapat menjadi ibu yang terbaik seperti kalian, insyaAllah..


"Ya Allah ya tuhanku.. Kau ampunilah segala dosa kedua ibuku ini.. lindungi dan peliharalah mereka dari segala bahaya dan malapetaka.. kurniakan mereka kesihatan yang baik agar mereka dapat melaksanakan segala suruhanMu dan meninggalkan laranganMu.. murahkan rezeki dan sejahterakanlah kehidupan mereka di dunia mahupun di akhirat kelak.. amin.."


Wednesday, October 27, 2010

Nak bercuti..!!!

Kebanyakan orang suka bila sebut pasal cuti. Jarang kita dengar orang tak suka cuti. Tak kira lah sama ada pelajar sekolah, pelajar ipt mahupun golongan yang dah bekerja.. Bagi aku yang dah bekerja ni, memang tak larat lah nak cakap pasal penat dan tekanan kerja. Sebab tu pentingnya hari cuti, hari untuk aku rehatkan mental dan fizikal supaya bebas dari segala tekanan.. Kalender kuda dalam bilik aku tu selalu ja dibelek. Punya la semangat mencari hari cuti umum dan kira berapa lama aku boleh bercuti. Lagi banyak bilangan hari cuti, lagi best kot. Boleh la aku bersuka-ria sepuas hati dengan femili kat rumah atau keluar jumpa kawan-kawan terdekat. Hehe..


Siang tadi masa kat bilik guru, semuanya sibuk cakap pasal nak pergi bercuti. Sempena cuti Hari Deepavali minggu depan, sekolah ada buat rombongan ke negeri pantai timur. Bukan main teruja nak ke sana rakan-rakan cikgu aku tu. Rancang nak buat itu dan ini, nak beli yang itu dan yang ini. Gelak kecil tadi aku sorang-sorang tengok gelagat depa. Aku tak dapat turut serta rombongan tu sebab hal yang tak boleh dielakkan.. Rasa terkilan juga sebab aku suka ke sana. Suka tengok pantai-pantai kat Terengganu yang bersih dan warna air laut nya yang hijau kebiruan. MasyaAllah, tenangnya.. Tapi takpa, insyaAllah lain kali boleh pergi lagi. Mana la tau, tempat yang lain tu lagi best..(cuba nak sedapkan hati) =)

Selain aku, ada lagi dua tiga orang cikgu lain yang tak boleh pergi rombongan tu. Tapi depa tak boleh pergi sebab bercuti di tempat lain. Tempat yang ni lagi best kot, bercuti di China, oversea tu.. Nak ikuuuttt......... Aku tak pernah lagi pergi oversea, walaupun negara jiran seperti Indonesia/Singapura. Masa aku study kat UTM dulu, tak berkesempatan pun nak pergi situ sebab sibuk dengan segala macam urusan pengajian. Bila dah habis study, terus balik kampung halaman kat Perlis. Oleh sebab jarak yang terlalu jauh, memang susah la nak ke sana lagi. Hmm, rasa macam rugi la pula..

Great Wall of China =)

Dari minggu lepas lagi aku dengan sepupu dok rancang nak pergi picnic. Kami rancang nak bawa femili masing-masing macam yang kami pernah buat masa bulan Dis 2007. Lebih kurang tiga tahun yang lepas, bayangkan betapa lama dah kami tak picnic sama-sama.. Masa tu kami pergi Bukit Merah Laketown Resort. Femili yang terlibat: femili aku, femili mak ngah & femili mak su, pergi ramai-ramai macam tu memang meriah.. Kami pergi awal pagi dan balik pada sebelah petang nya.. Walaupun sekejap tapi best sangat, rindu nya saat-saat tu bila ingat balik..Huhu.. Plan picnic kami kali ni nak pergi tempat sekitar Kedah. Tak nak tempat yang terlalu jauh memandangkan cuti pun tak lama, dua hari je. Mungkin pergi kawasan air terjun, mungkin juga kawasan pantai. Ikut majoriti. Aku tak kisah kat mana-mana pun, janji dapat picnic ramai-ramai.Hehe..

Tempat percutian femili 3 tahun lepas..(lama dah...)



:: Pulau Perhentian ::


:: Pulau Redang ::

Apa pun, yang penting sekarang ni kena ada duit. Aku masih lagi tertunggu-tunggu bila la gaji aku nak masuk. Kerani sekolah tu janji nak bank in seminggu selepas aku habis mengajar. Tapi sampai hari ni tak masuk lagi, dah nak masuk tiga minggu.. Poket kiri & kanan aku dah kering tau. Sabar je lah. Huhu.. Harap sangat plan cuti kali ni menjadi dan semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.. 
"Aku hanya mampu merancang, Tuhan penentu segalanya.."


Sunday, October 24, 2010

KemBaLi




Alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah..
Rasa syukur sangat sebab aku 
masih lagi boleh bernafas, 
masih lagi boleh melihat, 
masih lagi boleh berkata-kata 
dan segala macam masih
yang mana semua itu berlaku hanya dengan izinNya..=)


Dah lama aku tak jenguk blog ni.. hampir lima bulan kot.huhu..
Rasa kesian pula dibiarkan macam tu saja tanpa sebarang cetusan.
Jadi..hari ni aku dah kembali..!! 
kembali untuk menemani cik blog (CB) yang 'bersendirian'.
Background pun sudah ditukar, gambar2 terkini sedang diupload dan tak lupa juga beberapa widgets yang sedang dikemaskini, semua nya untuk CB..
Awak takkan 'kesunyian' lagi ok..hehehe..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...