Sunday, January 9, 2011

10 Adab Berdoa

Sebagai hamba Allah kita disaran sentiasa berdoa kepada-Nya. Dia pemilik sekalian alam, yang menjadikan makhluk, mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Mereka yang tidak pernah berdoa, memohon keampunan tergolong di kalangan mereka yang sombong. Allah SWT suka kepada hamba yang tidak jemu merintih kepada-Nya, merendahkan diri dan memohon keampunan dari-Nya. Sesungguhnya doa adalah senjata oramg mukmin.




Antara adab-adab berdoa ialah:

1) Dilakukan pada saat-saat yang mulia seperti pada hari Arafah, di bulan Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga malam dan pada waktu sahur.

2) Berdoa dilakukan pada waktu sujud, pada waktu bertemu dengan pasukan musuh, ketika hujan turun, ketika berdiri untuk mengerjakan solat dan pada waktu sesudah solat.

3) Sewaktu berdoa menghadap ke kiblat, mengangkat kedua tangan, mengusap muka dengan kedua belah tangan sesudah mengakhiri doa. Imam dalam masjid sunat mengalih tempat duduknya. Bahu kirinya menghadap kiblat manakala bahu kanannya menghadap makmum.

4) Merendahkan suara antara 'sir' dan 'jahar' iaitu antara terdengar dan tidak.

5) Jangan berlebih-lebihan mengatur sajak dengan bahasa berbunga pada akhir kata.

6) Bersikap rendah diri dengan khusyuk serta takut
Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya mereka itu cepat-cepat melakukan segala kebajikan dan mereka itu berdoa kepada kami dengan harap-harap cemas dan khusyuk". (Surah al-Anbiya':90)
Allah SWT berfirman lagi: "Berdoalah kepada Tuhanmu. Rendahkanlah dirimu dan takutlah!" (Surah al-A'raf:55)

7) Seorang yang berdoa itu harus menujukan doanya kepada Allah semata-mata, dan harus yakin bahawa doanya itu akan dimakbulkan.

8) Doa itu dimulai dengan memuji Allah SWT serta berzikir, berselawat kepada Rasulullah s.a.w serta ditutup dengan hal yang sama.

9) Kita tidak bosan untuk terus berdoa dan diulang-ulang doanya sehingga tiga kali dan tidak berasa kesal kerana doanya lambat termakbul.

10) Pokok pangkal kemustajaban doa ialah bertaubat terlebih dahulu dan menghindari perbuatan jahat serta bertawakal sepenuh hati kepada Allah SWT.

*** Sumber: Majalah al-Muslimah, Januari 2011.



Sekejap yang amat bermakna


Assalamualaikum dan selamat petang ~~

Semalam happy, hari ni pun happy. Kira hujung minggu ni, hujung minggu happy sedunia lah (sedunia ka aku sorang ja,hehe). Nak tau tak pasaipa aku happy sangat? Tak mau?? Tak mau sudaahh..tutup mata ngan hidung tu rapat2. Aku tetap gak nak cerita kat sini. ;p

Actually, entri sebelum ni aku penah gitau sikit pasal my BFF kan. Alah, pasal hal2 berkaitan kelahiran kami yang hampir sama tu.. Tak ingat eyh, haa try tengok balik kat sini. Aku happy sangat sebab tengahari tadi dapat jumpa dia. Dah setahun lebih da kot tak jumpa. Faktor keadaan yang tak mengizinkan kami untuk berjumpa walaupun keinginan tu selalu ja ada. Huhu..

Mula2 camni, aku plan nak ke rumah dia pagi tadi di Padang Sera. Nak jumpa sebelum dia balik KL. Dia gitau bas bertolak pukul 12.30. Ingatkan dia naik bas kat Alor Star, rupanya kat Kangar. Jadi, kami pun janji berjumpa kat stesyen bas ekspres Kangar. Kira 'pertemuan' kami tadi sat saja la. Tak sempat nak sembang lama sambil makan2 kat KFC/ Pizza/ kedai makan. Tanya2 habaq dan sembang pasal keja skit, itu ja. Imah, hang yang aku kenal lebih 10 tahun dulu masih lagi sama (fizikal memang la ada perubahan, tapi sikap dia tetap sama). Tak pernah nak meninggi diri/sombong/lupa kawan (bukan nak bodek, ni memang tulus dari hati ok). Ni yang buat aku sayang hang nih. hehe.. InsyaAllah, panjang umur kita nanti jumpa lagi k..

** Pertemuan yang amat bermakna & takkan lupa sampai bila2 =')
** Maaf atas segala silap/terlanjur kata. Friendship forever ya..:)
** Nanti bawak keta pi tempat keja elok2 tau, jangan takut2 sangat. InsyaAllah everything will be fine..tak care dear..~ ^.^

Saturday, January 8, 2011

Hanya Untukmu EE-BOO..=)

Petikan dialog hari Jumaat malam (07/01/2010) 


Aku: Mak..
Mak: Ya..awat..?
Aku: Alhamdulillah, duit gaji Yani dah masuk. Gaji sebagai cikgu ganti hat 3 bulan lepaih tu.. Baru masuk siang tadi.
Mak: Ya ka? Alhamdulillah..  Ingatkan tak masuk dah, jenuh no dok tunggu. Takpa la mau lagu tu..(Nada lega)
Aku: Tu la, jenuh ceq dok sabaq. Mak..esok jom pi Langkawi mau?? Kita pi balik hari. Teringin la nak jalan2 cari ketenangan kat pulau. Jalan2 sambil shopping barang2 Langkawi. Mak jangan risau, semuanya akan ditanggung.hehe..
Mak: Errmm..nak pi sana ka? Dok sana 2/3 hari takpa la, kalau nak pi sat2 ja tak best.. Lagi satu, la ni mak rasa macam tak larat ja nak jalan jauh2.. 
Aku: Ya ka..takpa la mau lagu tu..(Nada pasrah)
Mak: Kita pi lain kali, pi masa cuti panjang nanti na..??(Nada memujuk)
Aku: Emm ok..(Berjaya dipujuk)
Mak: Ermm..kalau mak nak guna duit nak pi Langkawi tu beli barang boleh?
Aku: Mak nak beli apa ya?
Mak: Nak beli sofa baru. Beli buat ganti kerusi rotan kita yang lama tu..
Aku: Boleh ja..tapi betul ni mak tak mau pi Langkawi?? Tawaran nih..
Mak: Ya, muktamad.. Mak nak beli sofa dulu, jalan2 tu kemudian..
Aku: Ok bozz..hehe..

Jadi, plan aku hujung minggu ni nak bawak femili jalan2 kat Langkawi puunn terpaksa ditangguh dulu. Demi ibuku terSAYANG, ku turutkan saja permintaannya itu. Tanpa berlengah2 lagi, siang tadi terus kami pusing2 satu Perlis cari sofa baru..dan inilah hasil pencarian kami..


Sofa yang menjadi pilihan hati ibuku =)

Harga sofa tu murah ja.. Buat masa ni, tu ja yang mampu aku beli. Yang penting mak suka n dia tak kisah pun pasal harga tu..

**Mak,,maaf sebab tak dapat beli sofa harga 2/3 ribu. InsyaAllah nanti bila Yani dah dapat keja tetap, kita beli yang lagi ok dari ni ya..saaayang mak^.^

Thursday, January 6, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

Ini malam saaangat sejuk. Kesan dari hujan lebat petang tadi. Sampai lepas je makan malam, terus aku tertidur. Setting alarm nak bangun semula pukul 10, tapi takda makna nya. Terlajak sampai dua jam lebih, pukul 11.30 baru tersedar. Cepat2 aku bangun sebab belum iron baju nak pakai kerja esok. Lepas dah iron baju, liat plak mata ni nak pejam balik. Penat pusing kiri kanan tapi tak jugak pejam2. Apa lagi, aku pun terus on pc. Online kejap, terasa nak buat entri baru sambil2 cari mood tidur. 


Siang tadi aku dapat 'hadiah' dari ENCIK BAIK HATI. Dapat sebab aku jadi follower blog dia. Tak ingat sejak bila aku follow, tapi yang pasti aku memang suka baca setiap entri dia. Banyak info menarik berkaitan ilmu agama dan sangat2 berguna.. Kalau nak tau, try la klik kat sini..


Ni first time aku dapat anugerah. Rasa dihargai dan agak seronok di situ ya ^.^ Terima kasih daun keladi kepada encik pemberi anugerah. Teruskan usaha2 murni kamu itu. Moga kamu dirahmati Allah selalu, dan berjaya di dunia & akhirat..


OK dah, cukup setakat ni dulu. Mood tidur dah datang. Mau sambung mimpi tadi balik. Nanti ketemu lagi. Selamat Malam.. ~~

Tuesday, January 4, 2011

taHuN BaRu, aPa yang BaRu??

Bismillahirrahmanirrahim...

Kabare semua..? Sihat? Errmm dah dua minggu blog ni 'diabaikan', sian kan. Lama jugak aku menyepi. Tengok2, daahh masuk tahun baru. Adik2 pun dah mula masuk sekolah balik. Seronok tengok ragam diaorang dalam tv & surat khabar, ada yang suka sebab dapat jumpa kawan2. Tak kurang jugak yang menangis tak nak ke sekolah, yang ni mungkin sebab tak puas bercuti kot. Hehe. Apa pun, babai kat 2010 dan selamat datang ya 2011... ;)

Happy New Year 2011..!! ^.^

Dalam tempoh 'menyepi' aku tu macam2 hal berlaku. Masam manis masin pahit kelat, argh semua lah. Memang betol2 nak menguji jiwa raga aku di hujung2 tahun. Hmm, sabaq ja lah. Banyak kalau nak cerita semua nya kat sini. Boleh putus urat jari jemari kot. Untuk entri kali ni tak nak cerita panjang2, yang penting2 ja ok. 


Firstly nak ucap tahniah kat my cousin, HASDAYANTIE ABD. HADI yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangan beliau, ROZEE MUSTAFFA pada minggu lepas (25/12/2010).

 
Lepas akad nikah

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun macam2 cabaran dan halangan yang terpaksa T hadapi sebelum ni.  Berkat dari kesabaran sebenarnya tu, syukur sangat2. Kak Yani senang hati tengok T happy. Berseri-seri muka masa hari persandingan, kalah Rozita Che Wan tau. Hehe!! Satu hal lagi, untung T dapat suami orang satu negeri. Bukan takat satu negeri tapi satu kawasan. Cuma kampung ja yang lain2. Kalau naik moto/keta tak sampai 5 minit pun. Dekat sangat2 kan. Nanti bila nak raya, tak payah gaduh2 nak balik kampung sapa =). Kak Yani doakan moga T bahagia selalu di samping suami tercinta, tabah mengharungi kehidupan berumah tangga dan dapat zuriat yang soleh & solehah, amin..





Dua hari lepas (02/01/2010), genap sudah umur aku 24 tahun. Alhamdulillah aku masih lagi mampu bernafas,  berkata-kata, bergerak sana sini dan melihat kebesaran2 ciptaanNya di bumi indah ni. Kepada sanak saudara dan kawan2 yang wish masa hari ulang tahun kelahiran aku tu, yang mendoakan kesejahteraan & kejayaan aku, terima kasih banyak2. Tak tau nak cakap macam mana, terharu sangat. :') 
[Moga kalian juga dirahmati Allah selalu dan berjaya di dunia & akhirat. Ampun dan maaf dariku andai ada silap dalam tutur kata mahupun perbuatan yang mengguris perasaan kalian. Diharapkan ukhwah yang terjalin antara kita semua adalah kerana Allah, dan kekal sampai bila2..]

Tak lupa juga untuk my BFF (Eiymah), selamat hari lahir.. Tarikh lahir kita dekat2, hang lambat sehari ja dari aku. Dah la tempat lahir sama, nombor kad pengenalan pun hampir sama. Sebab tu aku tak pernah lupa birthday hang dari sekolah rendah lagi tau. Hehehe.. Aku doakan moga hang dapat apa yang diimpikan, bahagia di samping orang tersayang dan jangan pernah lupa aku ok. ;)

Kejap. tahun baru, apa yang baru hah?? Azam? Errmm, tak banyak azam baru aku. Malas nak bagitau semua kat sini. Cuma 1 ja, aku nak berubah. Nak berubah jadi insan yang lebih baik. Nak jadi anak, kakak, adik, sepupu dan kawan yang lebih baik dari sebelum2 ni. InsyaAllah suatu masa, aku juga nak jadi isteri yang solehah. Dan yang paling utama, aku nak jadi hambaNya yang lebih baik. Aku dah banyak buat silap. Syukur sebab Dia bagi aku kesedaran. Aku takut untuk ke NERAKA. Aku nak masuk SYURGA walaupun sebenarnya aku tau aku tak layak berada di situ..
Ya Allah.. lindungilah hambaMu ini dari segala kesesatan dan tunjukkanlah aku jalan yang lurus moga aku sentiasa berada di jalan-jalan yang Kau redhai di dunia mahupun di akhirat..amin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...