Sunday, December 19, 2010

Berhati-hati Bukan Sekadar Di Jalan Raya

"Sem ni aku dapat 4 flat lagi, alhamdulillah.. Mulai esok, aku akan puasa 7 hari berturut-turut."
"Kalau sem depan aku dapat anugerah dekan lagi, aku nak puasa 7 hari berturut-turut."

Bernazar dengan erti kata yang mudah, kita berjanji dengan Allah untuk lakukan sesuatu perkara sebagai tanda bersyukur. Pernah tak korang bernazar macam situasi-situasi kat atas? Atau sewaktu dengannya (ganti puasa tu dengan kenduri/sedekah/lain-lain)?? Dua situasi tu nampak macam sama kan, tapi sebenarnya tak serupa. Untuk entry kali ni aku nak kongsi sikit maklumat tentang nazar, maklumat yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia-Kemusykilan Agama Bersama MOHD FARID RAVI ABDULLAH (Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor). 
- - - - - - - -

Nazar hendaklah dalam perkara ta'abbudiy (Ketaatan dalam melakukan sesuatu ibadat kepada Allah SWT). Nazar yang ta'abbudiy ialah melafazkan niat nazar dengan suara yang agak boleh didengari oleh telinga sendiri. 
Nazar yang disunatkan dan disukai Allah SWT ialah nazar tabarrur iaitu nazar berbuat kebajikan atau ketaatan dengan berniat "Demi Allah aku akan bersedekah tiga ekor kambing." Nazar sebegini juga dinamakan nazar taqarrub iaitu nazar mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW daripada Aisyah r.a. daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka taatilah, dan sesiapa yang bernazar untuk mengingkari perintah Allah (berbuat maksiat) maka janganlah menderhakai-Nya. (al-Bukhari: no.6565, Abu Daud: no.3265, al-Tarmidzi: no.1564, Ibn Majah: no.2126)

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahui-Nya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya. (al-Baqarah: 270)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi Yang Diwajibkan Tuhan kepada-Nya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksa-Nya merebak di sana sini. (al-Insan: 7)


Nazar mutlak:
Mewajibkan diri dengan sesuatu ketaatan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas apa yang diperolehi dan yang telah berlaku, sama ada berbentuk nikmat atau terhindar dari bala.
Contohnya, bernazar setelah Allah melepaskannya dari kesengsaraan dan kesedihan atau setelah Allah mengurniakannya dengan rezeki.

Nazar mu'allaq:
Bernazar untuk mentaati Allah SWT sekiranya dia dikurniakan sesuatu yang dihajatinya atau dengan ketaatan atas sesuatu yang akan datang (belum berlaku lagi). Juga bermaksud, jika impiannya terlaksana.

Nazar yang bersyarat begini hukumnya adalah makruh menurut kebanyakan ulama Syafi'i, Hanbali dan Maliki. Ini kerana perbuatan taat yang mahu dilakukan bergantung kepada tercapai atau tidaknya apa yang dimahukan. Ternyata di sini bahawa amalannya itu bukanlah untuk mendekatkan diri kepada Allah tetapi dengan niat sebagai barang ganti. Seolah-olah jika Allah laksanakan kemahuan aku, aku akan mendekatkan diri kepada-Nya. Jika tidak, maka aku tidak lakukan. Ia disebut sebagai seorang yang bakhil dan berkira-kira dengan Allah SWT.

Sebenarnya kebanyakan apa yang kita nazarkan dalam mencapai sesuatu hajat perlu berhati-hati supaya tidak mengundang kemurkaan Allah SWT. Ini kerana ada di antara kita yang suka bernazar kemudian memungkiri nazarnya itu selepas mendapat apa yang dia mahu. Dengan demikian kita telah menanggung hutang dengan Allah SWT.

Oleh itu seperkara kena ingat di sini, jika nazar yang diucapkan disertakan dengan iktikad bahawa nazar yang dibuat ini memestikan hasratnya tercapai, atau beriktikad bahawa Allah SWT memperkenankan hasratnya disebabkan oleh nazarnya itu, maka iktikad seperti ini adalah satu niat yang buruk, keji dan rosak. Ia hampir kepada kufur. Ia termasuk di dalam dosa besar.

***iktikad = kepercayaan atau keyakinan di dalam hati


**Sekadar berkongsi untuk sama-sama fikir balik cara perlaksaan nazar kita sebelum-sebelum ni. Paling penting, hati-hati bila nak bernazar dan jangan tangguh nazar kita tu. Wallahualam..

Thursday, December 16, 2010

sMs HaRi LaHiR beLiau

To: Syamira SMKD
" TRue fRienDsHip reQuireS rEaL eFFoRt, EveN wHeN oNe oF tHeM iS buSy wiTH tHeiR oWn LiFes.. I sEnd tHis SiMple sMs jUst tO wiSh, hAppY birTHdaY!!..:) maY ALLAH bLeSs u aLwaYs.. "

Dengan berbekalkan ingatan aku yang masih kuat ni, tadi sepucuk sms dihantar buat salah seorang sahabat lama sempena ulang tahun hari kelahiran beliau. Beliau yang hampir setahun menyepi di kota metropolitan KeyL.  Sebelum ni aku penah sms tapi tak berbalas. Tak sangka plak tadi beliau sudi membalas sms aku tu. Terharu katanya aku wish birthday dia..hehe.. 

Mana mungkin aku boleh lupa. Kami satu sekolah menengah dulu dan penah jadi classmate masa di tingkatan 4. Satu geng 'baik-baik' kat kelas dulu...hahaha... Pastu berpisah sat masa zaman matrik dan berjumpa balik kat universiti. Kat universiti, kami satu fakulti & kolej kediaman cuma berlainan bidang pengajian. Awal-awal sem dulu rajin jugak lepak-lepak kat bilik beliau. Aku memang selalu pegi balik Perlis-Johor dengan beliau. Bersilih ganti tolong cari tiket bas nak balik kampung tiap kali cuti sem/cuti raya. Kira masa tu rapat juga la dengan beliau.. 

Tapi sekarang dah lain, tak serapat dulu. Masing-masing dah bawak haluan masing-masing. Aku dengan kerja aku, beliau dengan kerja beliau. Biasa la tu.. Takkan nak berkepit 24 jam ja kan, mati nanti pun sorang2.. Dah hampir setahun beliau berkhidmat dengan sebuah syarikat pengurusan kewangan kat sana. Serasi katanya, alhamdulillah.. Aku yang di sini mendoakan yang terbaik untuk beliau yang di sana. Moga persahabatan yang terjalin ni kekal sampai akhir hayat..amin.. Take care my friend..~ (",)



Wednesday, December 15, 2010

Pertanyaan Iblis

Anas bin Malik r.a. berkata: 


Iblis telah bertanya pada Allah, katanya: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." 
Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" 
Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat." 

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" 
Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan." 

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" 
Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta." 

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang,apa pula azan untukku?" 
Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling." 

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" 
Firman Allah: "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku." 

Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?" 
Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan." 

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?" 
Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita." 

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?" 
Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya." 

Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan." 

( Hadis Riwayat Muslim )



Monday, December 13, 2010

Bagai Pinang Dibelah Dua

Alhamdulillah, selesai sudah satu majlis. Majlis kenduri kawen sepupu saya, Along & pasangannya, Kak Asma.. Tahniah3..!! =) Thanx ya sebab jemput Yani & keluarga. Kami doakan moga Along & Kak Asma bahagia sampai akhir hayat, sentiasa tabah mengharungi liku-liku hidup di alam rumahtangga dan dapat zuriat yang soleh & solehah. InsyaAllah, amin..


Akad nikah kat rumah pengantin perempuan
 (Sumber gambar dari facebook Along, hehe)

Tak lupa juga kepada 'orang jauh' yang pulang ke tanah air untuk memeriahkan kenduri kawen kali ni. Terubat rindu ni haa bila dapat jumpa. Siap bawa balik ole-ole lagi. Ingat juga Aishah kat Kak Yani ye..hehe.. Thanks a lot dear~


Ole-ole dari New Zealand
[comei, Kak Yani suka sangat!! ^.^]
*** Terlupa nak tanya pada cik pemberi. Rasa-rasanya benda ni untuk kepit kertas. Bahagian pengepit tu tak lekat dalam gambar (besi kat atas kepala biri-biri), potograper tersilap teknik. hehe..  



-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-



Sedar tak sedar, dah seminggu masuk tahun baru. Macam-macam perancangan nak dibuat. Tapi ada satu plan ni aku terpaksa tangguh dulu. Plan cari kerja kat Shah Alam bulan Januari nanti. Tangguh sebab aku dapat kerja baru kat negeri sendiri. Alhamdulillah berkat tahun baru. Sudah tentu mak & ayah adalah orang yang paling gembira sekali. Gembira sebab anak perempuan dia yang sorang ni tak payah pergi merantau jauh-jauh. Hari tu jenuh juga la aku memujuk masa nak minta 'pelepasan' ke Shah Alam. Tu pun macam bagi tak bagi ja. Hmm..susah betul mak & ayah nak lepas, mungkin sebab risau keselamatan aku ni sebagai perempuan sama. Lain la kalau anak lelaki, depa tak risau sangat.

Dah lama juga aku menganggur (hampir dua bulan), bosan kot duduk rumah lama-lama sebab aku dah biasa bekerja. Dengan duit gaji kerja sebelum ni tak masuk2 lagi sampai sekarang, tunggu nak masuk 3 bulan dah.. Banyak agenda terpaksa ditangguh. Huhu.. Bila dah dapat kerja ni, sekurang-kurangnya boleh kurangkan beban mak & ayah nak sara keluarga. Dapat juga tolong sikit walaupun tak banyak mana kan.. 

Kerja baru yang aku dapat ni biasa-biasa ja. Aku tak kisah la apa orang nak cakap: gaji sikit, kerja tak padan dengan kelulusan atau apa-apa pun, aku tetap nak kerja. Kerja sementara tunggu peluang lain datang. Aku niat buat kerja untuk cari pengalaman sebanyak mungkin dan yang penting, duit gaji yang aku dapat dari sumber yang halal, tak kira la dalam sektor apa pun.. Mudah-mudahan kat tempat kerja baru Allah permudahkan segalanya untuk aku..amin..


Tuesday, December 7, 2010

HiJRaH 1432



Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-



~Wahai saudara & saudari Islam sejagat,
SALAM MAAL HIJRAH dariku untuk semua~

Peristiwa Hijrah:~ Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dari Makkah ke Madinah. Peristiwa ini merupakan titik permulaan bagi pengaruh Islam berkembang dan tersebar ke seluruh dunia. Ia juga membawa perubahan yang amat besar terhadap kebangkitan, kehebatan, dan perkembangan Islam sehingga ke hari ini.


Bulan berganti bulan dan tahun pula berganti tahun, kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa penghijrahan baginda dan para sahabat. Kita seharusnya berusaha untuk berubah dari suatu keadaan yang kurang baik kepada suatu keadaan yang lebih baik, tidak kira sama ada dari aspek jasmani ataupun rohaniah. Dalam melaksanakan usaha tersebut, diharapkan agar kita semua beroleh keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T. InsyaAllah..

Sempena tahun baru ini, terdapat perkara-perkara yang ingin dikongsi sebagai muhasabah diri dan renungan kita bersama. Mudah-mudahan kita semua menjadi lebih baik dari semalam dan tergolong dalam golongan hamba-hamba yang mendapat keredhaan-Nya di dunia dan juga di akhirat kelak.

  • Bersyukur apabila mendapat nikmat 
  • Sabar apabila mendapat kesulitan
  • Tawakal apabila mempunyai rencana/program
  • Ikhlas dalam segala amal perbuatan
  • Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
  • Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  • Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan

  • Jangan persoalkan kekayaan orang lain
  • Jangan iri hati atas kejayaan orang lain
  • Jangan sombong sekiranya memperoleh kejayaan
  • Jangan tamak kepada harta
  • Jangan terlalu taksub akan sesuatu kedudukan
  • Jangan hancur kerana kezaliman
  • Jangan goyah kerana fitnah

  • Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
  • Jangan campuri harta dengan harta yang haram
  • Jangan sakiti ayah dan ibu
  • Jangan usir orang yang meminta-minta
  • Jangan sakiti anak yatim
  • Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
  • Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

  • Banyakkan berkunjung ke rumah Allah (masjid)
  • Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
  • Lakukan solat fardhu di awal waktu, lebih baik sekiranya secara berjemaah dan di masjid
  • Biasakan solat malam
  • Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
  • Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
  • Sayangi dan santuni fakir miskin

  • Jangan ada rasa takut kecuali hanya takut kepada Allah
  • Jangan marah berlebih-lebihan
  • Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
  • Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
  • Berlatihlah konsentrasi fikiran
  • Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab ia tidak dapat dipenuhi
  • Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan

  • Jangan percaya ramalan manusia
  • Jangan terlampau takut miskin
  • Hormatilah setiap orang
  • Jangan terlampau takut kepada manusia
  • Jangan sombong, takbur dan besar kepala
  • Berlakulah adil dalam segala urusan
  • Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah

  • Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran 
  • Perbanyakkan silaturrahim 
  • Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam 
  • Bicaralah secukupnya 
  • Beristeri/bersuami sekiranya sudah bersedia segala-galanya 
  • Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu




Sunday, December 5, 2010

Wang Caruman Untuk Isteri??!!

Oleh Muzdalifah Mustapha

pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Wanita Gerakan hari ini menyeru kerajaan mewujudkan satu skim wang caruman untuk isteri dengan mewajibkan suami membayar kepada isteri secara bulanan sebagai wang tanggungan wajib selain wang nafkah.

Ketuanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, cadangan itu sebagai langkah awal menjaga kepentingan kebajikan isteri sekiranya berlaku perceraian yang kini semakin meningkat dan membimbangkan.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, formula mengenai wang caruman itu harus dibincang dan diputuskan oleh pihak yang berkaitan.

''Kita bangkitkan perkara ini kerana tidak mahu apabila berlakunya perceraian di kalangan pasangan suami isteri, anak-anak akan menjadi mangsa utama terutama daripada aspek kebajikan mereka dan seterusnya kasih sayang.

''Kita mahu suami membuat pembayaran caruman itu sehingga anak- anak mencecah umur 21 tahun atau telah bekerja supaya anak-anak tidak terabai walaupun berpisah dengan bapa mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Wanita Parti Gerakan Malaysia 2010 di Menara PGRM, di sini hari ini.

Lian Hoe berkata, langkah itu juga akan memberi sokongan dan dapat meringankan beban ibu tunggal yang terpaksa bekerja bagi menanggung perbelanjaan dirinya dan anak-anak selepas berlaku perceraian.

''Kita tidak mahu melihat si isteri terpaksa bekerja keras sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anak mereka, sudahlah diceraikan malah terpaksa pula mencari rezeki sendiri untuk menganggung anak-anak," ujarnya.


***Sumber: Mingguan Malaysia, Ahad 5 Disember 2010 (m/s 4)


Rasa tertarik dengan satu isu yang dibangkitkan lepas baca Mingguan Malaysia tadi. Nampak gayanya, ada usaha dari pihak tertentu yang ingin membela nasib golongan wanita dalam masalah penceraian yang makin menjadi-jadi pada masa kini. Sekali dengar macam ok juga kan? Tapi macam mana pula dengan nasib golongan lelaki/si suami? Adakah ianya akan menjadi satu 'bebanan' tambahan? 
Perkara ini baru saja di peringkat cadangan. Ia perlu dibincangkan lagi dan dipersetujui bersama sebelum keputusan sebenar dibuat kelak. Diharapkan agar sesuatu yang terbaik dapat dicapai. Sama-sama kita fikirkan dan nantikan..

Saturday, December 4, 2010

Memang Dah Agak Daa..

Harap Maaf, maklumat 870102******, 
NUR ILIANI BINTI MAT ISA telah kami proses.
Nama anda tidak tersenarai dalam panggilan temu duga
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011.
Terima kasih atas minat anda dalam bidang perguruan.


Akhirnya, apa yang aku tunggu hampir 20 hari terjawab. Kegagalan untuk kali yang kedua. Sedih juga tapi aku tetap boleh terima keputusan ni. Memang dah agak daa aku takkan dapat temuduga kali ni. Lepas habis jawab MTeST hari tu lagi aku dah rasa semacam. Sebab tu aku tak terlalu menaruh harapan tinggi dan berserah je.. InsyaAllah, kalau kursus ni ditawarkan lagi untuk ambilan seterusnya, aku cuba mohon lagi. Cuba, cuba dan terus mencuba =)




Untuk kawan-kawan yang berjaya dapat temuduga (Wani, Fareez, Syam dan sapa-sapa la yang berjaya), tahniah untuk hangpa semua..=) Alhamdulillah, kali pertama mohon terus dapat.  Aku tumpang gembira. Buat yang terbaik untuk temuduga tu nanti naa.. Aku doakan moga segalanya dipermudahkan dan insyaAllah hangpa berjaya lepas temuduga tu. Amin..



Friday, December 3, 2010

Kad, Bunga Puding & Murtabak Megi

Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan 12. Tau saja la kan, bulan 12 ni musim orang buat kenduri-kendara. Kenduri kawin>kenduri berkhatan>kenduri kesyukuran & macam-macam kenduri lagi lah. Bersusun kad jemputan kat rumah ni haa.. Best jugak kan, dapat makan nasi ngan lauk free.. Hehehe..




Minggu ni boleh dikatakan agak sibuk, sampai tak sempat + takdak mood nak update blog. Huhu.. Sibuk uruskan persiapan untuk kenduri kawin. BUKAN KENDURI KAWIN SAYA ok, tapi KENDURI KAWIN KAWAN SAYA ^.^ (aku plak sibuk mengalahkan orang yang nak kawin, ahahaa)

Macam biasa lah, sebelum nak kenduri mesti kena buat jemputan kan. Dua tiga hari lepas, hampir 2/3 bumi Perlis kami pusing. Pusing-pusing untuk edarkan kad kawin. Sambil pusing-pusing dapat makan-makan. Seronok. Hehe.. Kami singgah satu kedai makan ni(kat Kuala Perlis), bihun sup & cendol pulut kat situ sangat seeedaaap..(sampai hari ni takleh lupa)~~ Nanti kami nak pi makan lagi, jom2..
[Hari-hari yang agak memenatkan tapi seronok sangat.. =)]


Ni la KAD KAWIN Kak Liza


 Bab kad kawin dah selesai. Lepas tu, semalam kami buat bunga puding. Bunga ni nak bagi kat tetamu yang datang kenduri rumah pengantin nanti. Penah dengar kan bunga telur? Sebenarnya, bunga puding ni sama ja dengan bunga telur. Kami ganti telur dengan puding sebab lebih cepat dan mudah. Puding siap tu ada jual kat kedai, beli, then balik rumah ikat ja terus kat bunga. Kalau telur nak kena rebus dulu sebelum ikat. Masa rebus selalunya mesti ada telur yang pecah, rugi kan. Jadi, lebih baik guna puding. Jimat masa, tenaga & duit =)



Bahan-bahan bunga puding:
(1)
Bunga ni boleh diikat dengan telur/puding/sabun/gula-gula
(2) 
Puding buah-buahan yang dibeli dari kedai
(3)
Dawai pengikat

Dan ini lah hasilnyaa...senang je nak buat..^.^
BUNGA PUDING


Sambil buat bunga puding, Kak Liza sempat lagi goreng Murtabak Megi. First time aku dengar dan makan murtabak ni. Sangat sedap, makan sampai tinggal 3 slices baru teringat nak amek gambar. Hik3. Kak Liza, nanti jangan lupa kongsi resepi tau ;)

Macam telur goreng kan? Haa, ni la MURTABAK MEGI.  Sedap3.
Thanx so much Kak Liza!! :)


" Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon limpah kurnia-Mu, berkatilah majlis perkahwinan sahabatku ini, moga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau kehendaki. Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan-Mu kepada mereka. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadap-Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan ikatan yang suci itu, moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin.."


*** SeLaMaT PeNGanTiN BaRu buat Kak LiZa & AbG BaSiR ***

Sunday, November 28, 2010

Aku Lebih Tahu

Semalam masa tengah merayap-rayap di Facebook, terperasan banyak kawan-kawan aku share satu notes tentang sejenis minuman segera, Nescafe 3 in 1. Pernah dengar kan? Pernah minum tak? Tajuk notes tu PADAH NESCAFE 3 IN 1 DAN SEUMPAMANYA. Timbul rasa nak tahu sebab aku dulu pernah minum nescafe ni. Antara kandungan notes yang aku baca tu adalah seperti di bawah..:


" Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang.

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan.

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.



Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti:


Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan, "Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in 1. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)." Selanjutnya, saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer).
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer.
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi.
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine.
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya.
7. Elakkan mandi selepas makan.
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda.
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.. "


Lepas je habis baca notes ni, ayat pertama yang keluar dari mulut aku "Alhamdulillah, nasib baik aku dah tak minum." 
Aku mula kenal dengan minuman-minuman 3 in 1 ni masa belajar kat matrikulasi dulu. Zaman permulaan aku stay kat hostel dengan kawan-kawan(terpaksa berjauhan dengan ayah & mak). Tiap sorang harus ada stok makanan dan minuman segera sebab nak buat backup bila lapar tiba-tiba menyerang, especially waktu tengah malam. Milo 3 in 1, Nescafe 3 in 1, Nesvita 3 in 1, Mee Maggi, Mee Ruski, Biskut 4 segi Jacob's, Biskut Oreo dan macam-macam lagi lah. Tak larat kot nak senaraikan semua kat sini. 




Nescafe 3 in 1 ada 3 jenis yang pernah aku minum dulu: Mild(Bungkusan Kuning), Regular(Bungkusan Merah) dan Rich(Bungkusan Hijau), setiap jenis tu aku cuba sebab nak tau perbezaan rasa dia kat mana. Rasa untuk ketiga-tiga jenis tu lebih kurang sama je. Yang kuning rasa macam lebih susu sikit, yang hijau rasa macam lebih pahit dan yang merah pula sederhana, tak rasa lebih susu atau tak pahit sangat(jenis ni yang aku selalu beli). Aku minum nescafe ni sebab nak hilangkan rasa mengantuk time buat ulangkaji. Ada juga yang nak stay up buat assignment pun teguk minuman ni. Mengikut kajian sesama aku dan kawan-kawan, nescafe hijau tu yang paling berkesan. Kononnya la kan..tapi kalau aku dah mengantuk tahap maksimum, memang tak boleh 'jalan' juga. Teguk pi la yang hijau ka, kelabu ka, hitam ka, tetap nak tidoq.hehehe!!.. 






Bagi sesiapa yang pernah minum nescafe, mesti dapat rasa tanda-tanda macam dalam notes kat atas kan. Walaupun bukan semua tanda-tanda tu, at least satu daripadanya mesti dapat rasa. Masa selalu minum  nescafe dulu, aku selalu juga rasa berdebar-debar. (Berdebar-debar sebab nak final exam satu hal). Selain berdebar-debar, kadang-kadang tangan tiba-tiba jadi menggeletar, tekak jadi loya dan kerap buang air kecil. Memang banyak orang cakap, apa yang berlaku tu adalah kesan daripada kandungan kafein yang tinggi dalam nescafe. Bahaya, tak elok minum selalu. Aku tahu tapi tak ada kesedaran lagi masa tu. Isk3... >.< 

Sekarang aku lebih tahu betapa bahayanya Nescafe 3 in 1. Syukur sangat sebab aku dah tak minum. Mungkin sebab aku dah tamat belajar & tak stay kat hostel lg. Duk kat umah, aku lebih suka minum air kosong/air peti sejuk. Makan pun lebih terjaga sebab mak selalu tengok-tengokkan. Hehe.. Tumpang usia pun masih muda & badan masih kuat, jom kita sama-sama jaga pemakanan. Buat senaman kecergasan sikit(3/4 kali seminggu, 20-30 minit untuk setiap kali senaman tu). Jangan nanti bila dah berumur dan dah dapat penyakit 3 serangkai(kencing manis, darah inggi & jantung), masa tu susah dah nak sembuh sepenuhnya. Memang lah semua tu kuasa Tuhan. Ingat, kita buat semua tu sebagai langkah berjaga-jaga untuk elakkan diri daripada diserang sebarang penyakit..=) Peringatan ini peringatan bersama. Segala kekurangan/kelemahan/yang buruk itu dari diri ini dan yang baik itu hanya dari Allah.. Wallahhualam..


Thursday, November 25, 2010

Meraih Kebahagiaan

Subhanallah..alhamdulillah..lailahaillallah..allahuakbar
Segala puji hanya bagi Allah. 
Syukur kerana diri ini masih lagi diberi kesempatan. Kesempatan yang tidak ternilai untuk melihat sang Matahari dan mendengar kicauan burung pagi yang bersilih ganti dengan kokokan ayam. 
Pagi ini kelihatan matahari seakan-akan sedikit malu, ia berselindung di sebalik kumpulan awan yang memutih. Barangkali hari masih lagi muda, ia malu untuk memancarkan sinar. Keadaan yang cukup indah, damai, dan menenangkan jiwa. Jiwa yang kadangkala rapuh akibat 'dihentam' oleh pelbagai masalah.




Aku, kamu, mereka atau kita sebagai hamba-Nya memang tak dapat lari dari masalah. Perlu kita ingat bahawa masalah itu sebenarnya merupakan ujian dari Allah s.w.t kepada makhluk-makhluk yang dicipta-Nya. Ujian yang diberikan untuk menguji tahap keimanan kita terhadap tuhan Yang Maha Esa. Sedangkan kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w pun diuji apatah lagi diri kita ini. Sama-sama lah kita fikirkan dan renungkan..

Memang tak dapat dinafikan, masalah yang datang bertimpa-timpa membuatkan hati rasa tak tenang, gundah-gulana, sedih dan hilang nikmat kebahagiaan. 
Untuk post kali ini, terdetik di hati untuk berkongsi sedikit maklumat tentang tips-tips meraih kebahagiaan. Maklumat ini diperoleh hasil pembacaan dari buku La-Tahzan(Jangan Bersedih: Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan) yang ditulis oleh Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni.. 

10 tips untuk meraih kebahagiaan:~

1. Duduk sambil beristighfar pada waktu sahur:
    ..... dan orang-orang yang memohon ampun di waktu sahur. (Ali-'Imran: 17)


2. Menyendiri untuk bertafakkur:
    ..... dan mereka bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi ..... (Ali-'Imran: 191)

3. Menjalin hubungan dengan orang-orang soleh:

    ..... Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya ..... (Al-Kahfi: 28)

4. Perbanyakkanlah berzikir:

    .....berzikirlah kalian (dengan menyebut nama Allah), sebanyak-banyaknya. (Al-Azhab: 41)

5. Melakukan solat sunat dua rakaat dengan khusyuk:

    Iaitu orang yang melaksanakan solat dengan khusyuk. (Al-Mu'minun: 2)

6. Bacalah Al-Quran dan renungkanlah isinya:

    Apakah mereka tidak mahu mentadabburi(menghayati isi) Al-Qur'an ..... (An-Nisa': 82)

7. Berpuasa sunatlah walaupun pada hari yang sangat panas:

    Ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana Aku. (Al-Hadith)

8. Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi:

    Hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya. (Al-Hadith)

9. Meringankan beban seorang muslim yang sedang dalam kesulitan:

   Barangsiapa meringankan kesusahan seorang muslim di dunia, maka Allah akan membebaskan kesulitannya kelak di hari Kiamat. ( Al-Hadith)

10. Usahakan menjalani hidup di dunia dengan zuhud:

     Sedangkan kehidupan akhirat itu jauh lebih baik dan lebih kekal. (Al-A'la: 17)

***zuhud = meninggalkan sesuatu yang bersifat kemewahan duniawi dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik di akhirat kelak kerana terlalu menyintai Allah (lebih mengutamakan kehidupan akhirat).






Friday, November 19, 2010

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Cantik kebiasaannya sering dikaitkan dengan golongan wanita manakala gagah pula dikaitkan dengan golongan lelaki. Namun demikian, disebalik kecantikan seseorang wanita itu sebenarnya terselit kegagahan. Begitu juga dengan lelaki, terselit kecantikan disebalik kegagahan mereka..


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:- 

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran 
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun 
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada 
5) Lelaki yang baik sangka 
6) Lelaki yang tak pernah putus asa 


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.



Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Wanita yang gagah adalah:- 

1) Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan 
2) Wanita yang tidak takut pada kemiskinan 
3) Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan 
4) Wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. 


Kegagahan wanita berdiri di atas keteguhan iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Saidatina Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita.


Mudah-mudahan kita semua menjadi hamba Allah yang 'cantik & gagah' seperti Nabi Muhammad s.a.w dan isteri baginda Saidatina Khadijah. InsyaAllah..


Saturday, November 13, 2010

Terfikir Balik

Bila perut dah kenyang, hati pun senang.
Hati yang senang tapi bosan. 
Bosan sebab tak tau nak buat apa.
Eh, bukan tak tau. Tapi memang aku tak nak buat apa-apa.
Malam ni aku nak rileks sepuas-puasnya.
Rileks sambil fikirkan balik apa yang dah dibuat siang tadi.



Sabtu minggu ni tak macam minggu yang lepas-lepas.
Awal-awal pagi tadi aku dah keluar dari rumah.
Keluar ke Institut Perguruan Perlis untuk ambil Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia atau MTest.
Penah dengar kan pasal ujian ni. Lulus MTest dan temuduga merupakan syarat utama sebelum pemohon berjaya mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI).



Cakap pasal KPLI, ni masuk kali kedua aku mohon. 
Alhamdulillah, kali kedua juga aku dapat merasa MTest.
Masa pertama kali aku buat ujian ni, memang teruk.
Tak sangka soalan yang akan keluar macam tu. Tambah-tambah soalan bahagian Kuantitatif. 
Soalan terbahagi kepada lima bahagian: INSAK, Kuantitatif, Bahasa Inggeris, Analitikal dan Verbal.
Buku latihan untuk ujian ni ada dijual tapi aku tak beli sebab tak tau buku tu dijual.
Aku dapat info pasal buku tu pun lambat dari sorang kawan, bila nak beli buku tu dah habis..
Konklusinya, 1st MTest memang aku tak bersedia.




Learn from the past. Untuk 2nd MTest, aku dah set tak mau jadi macam yang sebelum ni.
Lepas je dapat tau layak untuk ambil ujian tu, aku terus pergi beli buku latihan.
Lega sikit la kali ni sebab aku sempat buat latihan sebelum ambil ujian yang sebenar.
Macam mana 2nd MTest?? Tak tau la apa yang aku buat tadi. Rasa macam teruk sangat..
Soalan bahagian Kuantitatif kali ni lagi 'hebat' dari yang sebelum ni.
Serius, aku tak cukup masa nak jawab tadi. Main tanda je, janji jawab semua soalan.
Soalan bahagian lain pun tak kurang 'hebatnya' juga. Hmm, tak tau dah nak explain macam mana..=(


Satu hal lagi, tadi pengawas peperiksaan ada bagi tau pasal bilangan calon di seluruh negara yang ambil MTest kali ni. Jumlah calon adalah sebanyak 63 000.
Daripada jumlah tu, hanya lebih kurang 3000 calon saja
yang akan dipilih mengikuti KPLI ambilan Januari 2011.
Aku salah dengar ke? MasyaAllah..PERSAINGAN yang sangat TINGGI!!
Bukannya senang nak jadi cikgu. Berebut-rebut, terutamanya golongan wanita.
 Takpa, yang penting dah usaha. Dah cuba buat yang terbaik.
Sekarang ni perlu berdoa dan tawakal saja..
Kalau berjaya, alhamdulillah..
Kalau sebaliknya, pun alhamdulillah..
Jangan putus asa. Mungkin usaha yang dah dibuat tu belum cukup.
Jom sama-sama tingkatkan usaha.
InsyaAllah, suatu masa nanti pasti ada hasilnya...amin...



Belajar dari kesilapan untuk mengecapi kejayaan yang
lebih bermakna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...