Oleh Muzdalifah Mustapha
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Wanita Gerakan hari ini menyeru kerajaan mewujudkan satu skim wang caruman untuk isteri dengan mewajibkan suami membayar kepada isteri secara bulanan sebagai wang tanggungan wajib selain wang nafkah.
Ketuanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, cadangan itu sebagai langkah awal menjaga kepentingan kebajikan isteri sekiranya berlaku perceraian yang kini semakin meningkat dan membimbangkan.
Bagaimanapun, beliau yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, formula mengenai wang caruman itu harus dibincang dan diputuskan oleh pihak yang berkaitan.
''Kita bangkitkan perkara ini kerana tidak mahu apabila berlakunya perceraian di kalangan pasangan suami isteri, anak-anak akan menjadi mangsa utama terutama daripada aspek kebajikan mereka dan seterusnya kasih sayang.
''Kita mahu suami membuat pembayaran caruman itu sehingga anak- anak mencecah umur 21 tahun atau telah bekerja supaya anak-anak tidak terabai walaupun berpisah dengan bapa mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Wanita Parti Gerakan Malaysia 2010 di Menara PGRM, di sini hari ini.
Lian Hoe berkata, langkah itu juga akan memberi sokongan dan dapat meringankan beban ibu tunggal yang terpaksa bekerja bagi menanggung perbelanjaan dirinya dan anak-anak selepas berlaku perceraian.
''Kita tidak mahu melihat si isteri terpaksa bekerja keras sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anak mereka, sudahlah diceraikan malah terpaksa pula mencari rezeki sendiri untuk menganggung anak-anak," ujarnya.
***Sumber: Mingguan Malaysia, Ahad 5 Disember 2010 (m/s 4)
Rasa tertarik dengan satu isu yang dibangkitkan lepas baca Mingguan Malaysia tadi. Nampak gayanya, ada usaha dari pihak tertentu yang ingin membela nasib golongan wanita dalam masalah penceraian yang makin menjadi-jadi pada masa kini. Sekali dengar macam ok juga kan? Tapi macam mana pula dengan nasib golongan lelaki/si suami? Adakah ianya akan menjadi satu 'bebanan' tambahan?
Perkara ini baru saja di peringkat cadangan. Ia perlu dibincangkan lagi dan dipersetujui bersama sebelum keputusan sebenar dibuat kelak. Diharapkan agar sesuatu yang terbaik dapat dicapai. Sama-sama kita fikirkan dan nantikan..
Saya sokong 100%!!!!!
ReplyDeletekalau la cadangan ni lulus,aku rasa pasni makin ramai la lelaki hidup mbujang..hehe..
ReplyDelete