Tuesday, December 7, 2010

HiJRaH 1432



Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-



~Wahai saudara & saudari Islam sejagat,
SALAM MAAL HIJRAH dariku untuk semua~

Peristiwa Hijrah:~ Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dari Makkah ke Madinah. Peristiwa ini merupakan titik permulaan bagi pengaruh Islam berkembang dan tersebar ke seluruh dunia. Ia juga membawa perubahan yang amat besar terhadap kebangkitan, kehebatan, dan perkembangan Islam sehingga ke hari ini.


Bulan berganti bulan dan tahun pula berganti tahun, kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa penghijrahan baginda dan para sahabat. Kita seharusnya berusaha untuk berubah dari suatu keadaan yang kurang baik kepada suatu keadaan yang lebih baik, tidak kira sama ada dari aspek jasmani ataupun rohaniah. Dalam melaksanakan usaha tersebut, diharapkan agar kita semua beroleh keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T. InsyaAllah..

Sempena tahun baru ini, terdapat perkara-perkara yang ingin dikongsi sebagai muhasabah diri dan renungan kita bersama. Mudah-mudahan kita semua menjadi lebih baik dari semalam dan tergolong dalam golongan hamba-hamba yang mendapat keredhaan-Nya di dunia dan juga di akhirat kelak.

  • Bersyukur apabila mendapat nikmat 
  • Sabar apabila mendapat kesulitan
  • Tawakal apabila mempunyai rencana/program
  • Ikhlas dalam segala amal perbuatan
  • Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
  • Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  • Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan

  • Jangan persoalkan kekayaan orang lain
  • Jangan iri hati atas kejayaan orang lain
  • Jangan sombong sekiranya memperoleh kejayaan
  • Jangan tamak kepada harta
  • Jangan terlalu taksub akan sesuatu kedudukan
  • Jangan hancur kerana kezaliman
  • Jangan goyah kerana fitnah

  • Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
  • Jangan campuri harta dengan harta yang haram
  • Jangan sakiti ayah dan ibu
  • Jangan usir orang yang meminta-minta
  • Jangan sakiti anak yatim
  • Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
  • Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

  • Banyakkan berkunjung ke rumah Allah (masjid)
  • Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
  • Lakukan solat fardhu di awal waktu, lebih baik sekiranya secara berjemaah dan di masjid
  • Biasakan solat malam
  • Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
  • Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
  • Sayangi dan santuni fakir miskin

  • Jangan ada rasa takut kecuali hanya takut kepada Allah
  • Jangan marah berlebih-lebihan
  • Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
  • Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
  • Berlatihlah konsentrasi fikiran
  • Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab ia tidak dapat dipenuhi
  • Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan

  • Jangan percaya ramalan manusia
  • Jangan terlampau takut miskin
  • Hormatilah setiap orang
  • Jangan terlampau takut kepada manusia
  • Jangan sombong, takbur dan besar kepala
  • Berlakulah adil dalam segala urusan
  • Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah

  • Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran 
  • Perbanyakkan silaturrahim 
  • Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam 
  • Bicaralah secukupnya 
  • Beristeri/bersuami sekiranya sudah bersedia segala-galanya 
  • Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...