Thursday, January 6, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

Ini malam saaangat sejuk. Kesan dari hujan lebat petang tadi. Sampai lepas je makan malam, terus aku tertidur. Setting alarm nak bangun semula pukul 10, tapi takda makna nya. Terlajak sampai dua jam lebih, pukul 11.30 baru tersedar. Cepat2 aku bangun sebab belum iron baju nak pakai kerja esok. Lepas dah iron baju, liat plak mata ni nak pejam balik. Penat pusing kiri kanan tapi tak jugak pejam2. Apa lagi, aku pun terus on pc. Online kejap, terasa nak buat entri baru sambil2 cari mood tidur. 


Siang tadi aku dapat 'hadiah' dari ENCIK BAIK HATI. Dapat sebab aku jadi follower blog dia. Tak ingat sejak bila aku follow, tapi yang pasti aku memang suka baca setiap entri dia. Banyak info menarik berkaitan ilmu agama dan sangat2 berguna.. Kalau nak tau, try la klik kat sini..


Ni first time aku dapat anugerah. Rasa dihargai dan agak seronok di situ ya ^.^ Terima kasih daun keladi kepada encik pemberi anugerah. Teruskan usaha2 murni kamu itu. Moga kamu dirahmati Allah selalu, dan berjaya di dunia & akhirat..


OK dah, cukup setakat ni dulu. Mood tidur dah datang. Mau sambung mimpi tadi balik. Nanti ketemu lagi. Selamat Malam.. ~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...