Saturday, October 30, 2010

Mak....SeLaMaT HaRi LaHiR =)

** 30 OKTOBER 2010~ hari ulang tahun kelahiran insan yang paaaaaling aku SAYANG, iaitu Puan Hasimah Binti Abd. Rahman... Selamat hari lahir MAK..!!=)


Hari ni, yang tu saja mampu aku buat selain berdoa untuk mak. 
Tiga hari sebelum ni, aku dah tempah khas sepasang kasut sebagai hadiah pada hari ulang tahun kelahiran mak. Aku plan nak buat surprise kat mak.. Tapi malangnya, saiz kasut yang aku tempah tu terkecik la pula.. Hadooii.. Kaki aku dengan kaki mak sama saiz. Jadi, masa aku buat tempahan tu memang yakin la ikut saiz kaki aku.. Nasib baik tuan kedai kasut  tu benarkan pelanggan dia tukar saiz kasut. Tq tokeii... Cuma aku terkilan sikit la kan, sebab tak dapat nak buat kejutan on this special day.. Terpaksa la aku postpone plan kejutan tu....=(


** Tak lupa juga untuk cikguku tersayang, Puan Adilah Mohammad Mazli.. Selamat hari lahir.. Cikgu adalah mak saya yang kedua..=) Teringat macam-macam kenangan antara saya dengan cikgu & kawan-kawan masa kat DERMA dulu.. Peristiwa paling saya tak boleh lupa, dapat makan TOM YAM kat rumah cikgu. Terbaik..!! Hehe..


Untuk kedua-dua IBUku.. terima kasih di atas segalanya.. seumur hidupku belum tentu dapat membalas segala budi dan pengorbanan kalian.. Hanya Allah saja yang tahu betapa besarnya jasa-jasa kalian.. Aku amat berharap dapat menjadi ibu yang terbaik seperti kalian, insyaAllah..


"Ya Allah ya tuhanku.. Kau ampunilah segala dosa kedua ibuku ini.. lindungi dan peliharalah mereka dari segala bahaya dan malapetaka.. kurniakan mereka kesihatan yang baik agar mereka dapat melaksanakan segala suruhanMu dan meninggalkan laranganMu.. murahkan rezeki dan sejahterakanlah kehidupan mereka di dunia mahupun di akhirat kelak.. amin.."


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...