Sunyi sepi datang lagi malam ni.
Datang mengetuk pintu kisah-kisah lalu aku.
Jari-jemari pula terasa nak menari-nari atas butang keyboard.
Menari bersama sebuah 'lagu'.
Lagu tentang kisah aku bersama GEMS.
Lagu tentang kisah aku bersama GEMS.
Pejam celik, pejam celik, dah setahun aku tinggalkan GEMS.
GEMS?siapa?Hmm, bukan orang daa...
GEMS tu singkatan kepada Graduate Employability Management Scheme..
Emm, skim apa plak ni..skim cepat kaya?bukan bukan..
GEMS merupakan sebuah program untuk graduan yang belum mendapat pekerjaan atau dengan erti kata yang lain graduan menggangur. Program tersebut dianjurkan oleh Khazanah Nasional Berhad(KNB) dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLCs-Government Linked Companies). KNB pernah menganjurkan satu program sebelum GEMS iaitu GREEN(Graduate Employability Enhancement). Perlaksanaan GEMS adalah berasaskan kepada GREEN cuma bezanya, GEMS dilaksanakan untuk skala yang lebih besar iaitu empat intake. Nak tau maklumat lanjut mengenai program ni boleh dirujuk kat http://www.mygemsportal.com.my
Mesti nak tau kan, macam mana aku boleh join program ni. Kalau yang dah tau tu, it's ok..=) Aku dapat tau pasal pogram ni dari sorang my coursemate kat UTM dulu, nama dia Hamidah(antara kawan yang rapat dengan aku, kecik je orang nye..hehe). Masa tu kami sama-sama dok 'tanam anggur' kat rumah masing-masing sebab dah dua bulan tamat belajar, kami masih tak dapat keja lagi.. Then, aku pun mohon untuk mencuba nasib nak joinsecond intake(27/06/2009 - 02/09/2009) bertempat di Hotel Suasana Harvard, Sungai Petani, Kedah.. program tu.. Lebih kurang seminggu selepas permohonan, aku dipanggil untuk temuduga kat Jabatan Tenaga Rakyat Pulau Pinang.. Alhamdulillah, aku berjaya temuduga tersebut dan layak untuk menyertai GEMS
My Company |
Program GEMS terbahagi kepada dua peringkat iaitu classroom training and job training. Peringkat pertama selama 2 bulan setengah manakala peringkat kedua pula selama 6 bulan. Semasa classroom training, para peserta terlibat dengan 15 modul berikut:
- Breakfest with GEMS
- Project Planning
- Time Management
- Professional Grooming
- Interpersonal Communication
- Customer Service
- Business Appreciation
- Operation Management
- Office Management
- Problem Solving
- Presentation Skills
- Team building & Leadership
- Employability Workshop
Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa perlaksanaan modul-modul tersebut. Ada aktiviti secara individu, ada juga secara berkumpulan. Kat bawah ni antara gambar-gambar yang sempat aku ambik sebagai kenang-kenangan..
![]() |
| GATE CORPORATION: nama company selepas meeting untuk organisasi syarikat dijalankan |
| TEAMBUILDING: ni la kumpulan BURI-BURI ZAEMON yang mantap.hehe =) |
| Berhempas-pulas menyiapkan tugasan sampai ke tengah malam |
| Iron ladies from Gate Corporation. Hehe.. |
| GEMS's Convocation Day :) |
Manakala semasa job training(Oktober 2009 - April 2010) pula, pada mulanya aku bersama dengan 10 orang lagi peserta ditempatkan di Telekom Malaysia(TM) Kuala Lumpur. Berlaku sedikit perubahan antara pihak penganjur dengan pihak TM, kemudian kami ditukarkan ke tempat lain. Aku ditempatkan di Hotel Starcity Alor Star dan hanya mampu bertahan kat situ selama sebulan saja. Aku terpaksa menarik diri atas sebab-sebab peribadi yang tak boleh dielakkan..Sedih jugak tapi apa yang berlaku tu ada hikmahnya, hanya aku dan Dia saja yang tau..
Syukur alhamdulillah, aku ditemukan dengan para peserta dan pelatih yang tak lokek berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman semasa menyertai GEMS. Banyak perkara yang aku dapat daripada program ni. Best sangat.. Aku rindu korang semua.. Walaupun dah lama, mungkin ada yang anggap kisah ni dah basi. Bagi aku, kisah ni tak pernah basi dan memang takkan basi sampai bila-bila..=)
Malam pun dah mula larut.
Patut la mata terasa pedih.
Dah, tutup pintu. Jom lelapkan mata.
Esok atau lusa sambung lagi.
Salam..~

No comments:
Post a Comment