Salam...
Pagi-pagi tadi lagi aku dah online. Cek emel, baca isu2 kat akhbar tempatan, jenguk2 web cari kerja, cuci2 mata jap kat kedai online shopping baju&tudung daann...tiba-tiba aku rasa nak luahkan sesuatu kat sini. Nak luah apa yang aku rasa sepanjang minggu ni. Sebenarnya, boleh je aku luahkan semalam/ dua tiga hari lepas. Tapi aku masih boleh bertahan, sabar dan pendam je sebab malas nak bising2. Jadi, kebetulan hujung minggu ni aku tak kena buat ot dan dapat bercuti, boleh la aku membebel dan merepek sesedap rasa kat sini.
Pentingkan diri sendiri. Pernah atau tak pernah buat. Tak pernah? Yang ni macam susah sikit nak percaya. Tapi boleh jadi gak kan, mungkin 'spesies' ni ada seorang dalam sejuta. Aku percaya kebanyakan orang mesti pernah buat. Cuma selalu dengan tak selalu, depend pada situasi sama ada dari aspek positif atau negatif..
Sepanjang minggu ni sangat letih dan tertekan. Letih mengadap sikap manusia yang pentingkan diri sendiri. Persoalannya, macam mana dan musabab apa yang membolehkan manusia2 ni bertindak pentingkan diri sendiri hah?? Teringin sangat2 nak tau. Yang kita ni punya la dua tiga kali fikir nak pentingkan diri sendiri. Kadang2 tu berkali-kali fikir sebab kalau buat itu, kesan buruk lebih banyak untuk siapa? Diri sendiri atau orang lain? Begitu juga sebaliknya. Meh nak bagi contoh sikit..
Contohnya macam situasi nak pergi kerja. Aku selalu ke tempat kerja 'berkonvoi' dengan sorang lagi kawan. Pernah terjadi suatu pagi tu perut aku meragam. Celah2 pagi tu gak la dia nak buat hal. Dek kerana perut meragam, kawan aku pergi kerja dulu dan aku ditinggalkan. Dia pentingkan diri sendiri. Aku tak marah malah sangat setuju dengan tindakannya. Buat apa nak marah, takkan sebab kita terlewat ke tempat kerja kita nak libatkan orang lain plak kan? Tak pasal2 nanti kawan kita yang tak bersalah tu pun kena 'hukum', kesian..(aku tak kena hukum cuma kena potong gaji je..huhu)
Ok, yang tu untuk situasi positif. Untuk situasi negatif plak, yang ni berlaku dua hari lepas. Aku dengan sorang lagi kawan tengah beratur kat mesin atm nak keluarkan duit. Suddenly, datang sorang pemuda ni dengan selamba badak dia terus potong line. Duduk kat depan kami boleh buat muka kering tanpa rasa bersalah. Dia berani buat camtu sebab dia fikir dia tentera kot. Orang lain tak boleh nak tegur dia. Boleh tau sebab kami perasan kat tshirt yang dia pakai ada tulis tentera dari kawasan mana ntah.. Kalau ye pun nak cepat, cakap la elok2.. Mintak izin dulu, bagitau mak tengah sakit/bini nak bersalin ke apa ke.. Agak2 alasan yang boleh diterima, sejuk sikit hati kami ni haa. Nak sembur pun tak jadi.. Tapi memang kami tak sembur pun, dok diam dan bersabaq ja.. Nasib baik dia buat kat kami, kalau kat makcik yang tengah mengandung/OKU, camna tu? Memang tak berperikemanusiaan dan berhati perut usus langsung. Huuu..
Banyak lagi sebenarnya yang berlaku. Dari dalam rumah sampai la ke luar rumah. Ditambah hal2 kat tempat kerja lagi. Hmm, pening2.. Tak larat dah nak bebel lama2 dan lebih2 kat sini. Cukup la sikit2(sikit ke?hehe..) Kadang2 berdiam diri itu lebih baik.
Apa yang penting, kena selalu berdoa mohon supaya Allah kekalkan dan tebalkan lagi sifat sabar dalam diriku ini. Hampirkan diri ini dengan orang2 yang sabar serta jauhi dari orang2 yang panas baran, pendendam, busuk hati dan yang berniat jahat. InsyaAllah, amin..
~Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui~


No comments:
Post a Comment