Semalam masa tengah merayap-rayap di Facebook, terperasan banyak kawan-kawan aku share satu notes tentang sejenis minuman segera, Nescafe 3 in 1. Pernah dengar kan? Pernah minum tak? Tajuk notes tu PADAH NESCAFE 3 IN 1 DAN SEUMPAMANYA. Timbul rasa nak tahu sebab aku dulu pernah minum nescafe ni. Antara kandungan notes yang aku baca tu adalah seperti di bawah..:
" Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang.
Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan.
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan, "Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in 1. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)." Selanjutnya, saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer).
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer.
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi.
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine.
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya.
7. Elakkan mandi selepas makan.
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda.
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.. "
Lepas je habis baca notes ni, ayat pertama yang keluar dari mulut aku "Alhamdulillah, nasib baik aku dah tak minum."
Aku mula kenal dengan minuman-minuman 3 in 1 ni masa belajar kat matrikulasi dulu. Zaman permulaan aku stay kat hostel dengan kawan-kawan(terpaksa berjauhan dengan ayah & mak). Tiap sorang harus ada stok makanan dan minuman segera sebab nak buat backup bila lapar tiba-tiba menyerang, especially waktu tengah malam. Milo 3 in 1, Nescafe 3 in 1, Nesvita 3 in 1, Mee Maggi, Mee Ruski, Biskut 4 segi Jacob's, Biskut Oreo dan macam-macam lagi lah. Tak larat kot nak senaraikan semua kat sini.
Nescafe 3 in 1 ada 3 jenis yang pernah aku minum dulu: Mild(Bungkusan Kuning), Regular(Bungkusan Merah) dan Rich(Bungkusan Hijau), setiap jenis tu aku cuba sebab nak tau perbezaan rasa dia kat mana. Rasa untuk ketiga-tiga jenis tu lebih kurang sama je. Yang kuning rasa macam lebih susu sikit, yang hijau rasa macam lebih pahit dan yang merah pula sederhana, tak rasa lebih susu atau tak pahit sangat(jenis ni yang aku selalu beli). Aku minum nescafe ni sebab nak hilangkan rasa mengantuk time buat ulangkaji. Ada juga yang nak stay up buat assignment pun teguk minuman ni. Mengikut kajian sesama aku dan kawan-kawan, nescafe hijau tu yang paling berkesan. Kononnya la kan..tapi kalau aku dah mengantuk tahap maksimum, memang tak boleh 'jalan' juga. Teguk pi la yang hijau ka, kelabu ka, hitam ka, tetap nak tidoq.hehehe!!..
Bagi sesiapa yang pernah minum nescafe, mesti dapat rasa tanda-tanda macam dalam notes kat atas kan. Walaupun bukan semua tanda-tanda tu, at least satu daripadanya mesti dapat rasa. Masa selalu minum nescafe dulu, aku selalu juga rasa berdebar-debar. (Berdebar-debar sebab nak final exam satu hal). Selain berdebar-debar, kadang-kadang tangan tiba-tiba jadi menggeletar, tekak jadi loya dan kerap buang air kecil. Memang banyak orang cakap, apa yang berlaku tu adalah kesan daripada kandungan kafein yang tinggi dalam nescafe. Bahaya, tak elok minum selalu. Aku tahu tapi tak ada kesedaran lagi masa tu. Isk3... >.<
Sekarang aku lebih tahu betapa bahayanya Nescafe 3 in 1. Syukur sangat sebab aku dah tak minum. Mungkin sebab aku dah tamat belajar & tak stay kat hostel lg. Duk kat umah, aku lebih suka minum air kosong/air peti sejuk. Makan pun lebih terjaga sebab mak selalu tengok-tengokkan. Hehe.. Tumpang usia pun masih muda & badan masih kuat, jom kita sama-sama jaga pemakanan. Buat senaman kecergasan sikit(3/4 kali seminggu, 20-30 minit untuk setiap kali senaman tu). Jangan nanti bila dah berumur dan dah dapat penyakit 3 serangkai(kencing manis, darah inggi & jantung), masa tu susah dah nak sembuh sepenuhnya. Memang lah semua tu kuasa Tuhan. Ingat, kita buat semua tu sebagai langkah berjaga-jaga untuk elakkan diri daripada diserang sebarang penyakit..=) Peringatan ini peringatan bersama. Segala kekurangan/kelemahan/yang buruk itu dari diri ini dan yang baik itu hanya dari Allah.. Wallahhualam..



iliani...akupun terkejut jgk dgar.huhuhu..aku xsuka sgt nescafee.mmg xamalkan sgt pun.sbb kalu minum mesti sakit kpala.Eh,aku nak tau tajuk lagu dkt bloh hang ni.aku suka bangat lagu ni
ReplyDeletemula-mula dulu aku sj nak try rasa nescafe tu camna.bila dah minum ssh plak nak benti.cam ketagih pun ada.hehe..
ReplyDeletelagu Rapuh-Opick =)
betul..dia bleh jadi kan kita ketagih!huhuhu...aku xsuka 3 in 1.slalu bancuh manual je.hehehe...tp aku perasan time study mmg ramai pkai 3 in 1.sbb snang!tp xpe ar,dh dapat info ni.bgus2.
ReplyDelete