Tuesday, January 4, 2011

taHuN BaRu, aPa yang BaRu??

Bismillahirrahmanirrahim...

Kabare semua..? Sihat? Errmm dah dua minggu blog ni 'diabaikan', sian kan. Lama jugak aku menyepi. Tengok2, daahh masuk tahun baru. Adik2 pun dah mula masuk sekolah balik. Seronok tengok ragam diaorang dalam tv & surat khabar, ada yang suka sebab dapat jumpa kawan2. Tak kurang jugak yang menangis tak nak ke sekolah, yang ni mungkin sebab tak puas bercuti kot. Hehe. Apa pun, babai kat 2010 dan selamat datang ya 2011... ;)

Happy New Year 2011..!! ^.^

Dalam tempoh 'menyepi' aku tu macam2 hal berlaku. Masam manis masin pahit kelat, argh semua lah. Memang betol2 nak menguji jiwa raga aku di hujung2 tahun. Hmm, sabaq ja lah. Banyak kalau nak cerita semua nya kat sini. Boleh putus urat jari jemari kot. Untuk entri kali ni tak nak cerita panjang2, yang penting2 ja ok. 


Firstly nak ucap tahniah kat my cousin, HASDAYANTIE ABD. HADI yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangan beliau, ROZEE MUSTAFFA pada minggu lepas (25/12/2010).

 
Lepas akad nikah

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun macam2 cabaran dan halangan yang terpaksa T hadapi sebelum ni.  Berkat dari kesabaran sebenarnya tu, syukur sangat2. Kak Yani senang hati tengok T happy. Berseri-seri muka masa hari persandingan, kalah Rozita Che Wan tau. Hehe!! Satu hal lagi, untung T dapat suami orang satu negeri. Bukan takat satu negeri tapi satu kawasan. Cuma kampung ja yang lain2. Kalau naik moto/keta tak sampai 5 minit pun. Dekat sangat2 kan. Nanti bila nak raya, tak payah gaduh2 nak balik kampung sapa =). Kak Yani doakan moga T bahagia selalu di samping suami tercinta, tabah mengharungi kehidupan berumah tangga dan dapat zuriat yang soleh & solehah, amin..





Dua hari lepas (02/01/2010), genap sudah umur aku 24 tahun. Alhamdulillah aku masih lagi mampu bernafas,  berkata-kata, bergerak sana sini dan melihat kebesaran2 ciptaanNya di bumi indah ni. Kepada sanak saudara dan kawan2 yang wish masa hari ulang tahun kelahiran aku tu, yang mendoakan kesejahteraan & kejayaan aku, terima kasih banyak2. Tak tau nak cakap macam mana, terharu sangat. :') 
[Moga kalian juga dirahmati Allah selalu dan berjaya di dunia & akhirat. Ampun dan maaf dariku andai ada silap dalam tutur kata mahupun perbuatan yang mengguris perasaan kalian. Diharapkan ukhwah yang terjalin antara kita semua adalah kerana Allah, dan kekal sampai bila2..]

Tak lupa juga untuk my BFF (Eiymah), selamat hari lahir.. Tarikh lahir kita dekat2, hang lambat sehari ja dari aku. Dah la tempat lahir sama, nombor kad pengenalan pun hampir sama. Sebab tu aku tak pernah lupa birthday hang dari sekolah rendah lagi tau. Hehehe.. Aku doakan moga hang dapat apa yang diimpikan, bahagia di samping orang tersayang dan jangan pernah lupa aku ok. ;)

Kejap. tahun baru, apa yang baru hah?? Azam? Errmm, tak banyak azam baru aku. Malas nak bagitau semua kat sini. Cuma 1 ja, aku nak berubah. Nak berubah jadi insan yang lebih baik. Nak jadi anak, kakak, adik, sepupu dan kawan yang lebih baik dari sebelum2 ni. InsyaAllah suatu masa, aku juga nak jadi isteri yang solehah. Dan yang paling utama, aku nak jadi hambaNya yang lebih baik. Aku dah banyak buat silap. Syukur sebab Dia bagi aku kesedaran. Aku takut untuk ke NERAKA. Aku nak masuk SYURGA walaupun sebenarnya aku tau aku tak layak berada di situ..
Ya Allah.. lindungilah hambaMu ini dari segala kesesatan dan tunjukkanlah aku jalan yang lurus moga aku sentiasa berada di jalan-jalan yang Kau redhai di dunia mahupun di akhirat..amin..


4 comments:

  1. Happy Belated Birthday Iliani!!!! Aku selalu ingat kita ni BFF sampai bila2 pun.Banyak sangat persamaanlebih2 lg tentang kelahiran kita tu.Hehehe...Sayang hang!!!

    ReplyDelete
  2. belated kat blog ja kan, aritu hang dh wish on time..hehe..tanx imah, sayang hang jugak..!!^.^

    ReplyDelete
  3. salamperkenalan.mula2 nk wish belated bday..then sampaikan slm kat pengantin baru,then hepi belated bday 4 ur bff too..nice blog,nice n3..insya Allah mdh2an Allah perkenankan doa2 sis tu amin.

    ReplyDelete
  4. insyaAllah..ok nnt sy sampaikan,terima kasiih Puan
    Aleasara..
    Salam perkenalan juga..=)

    p/s: sy masih baru dlm dunia blogging, sila beri tunjuk ajar ya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...