Saturday, December 4, 2010

Memang Dah Agak Daa..

Harap Maaf, maklumat 870102******, 
NUR ILIANI BINTI MAT ISA telah kami proses.
Nama anda tidak tersenarai dalam panggilan temu duga
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011.
Terima kasih atas minat anda dalam bidang perguruan.


Akhirnya, apa yang aku tunggu hampir 20 hari terjawab. Kegagalan untuk kali yang kedua. Sedih juga tapi aku tetap boleh terima keputusan ni. Memang dah agak daa aku takkan dapat temuduga kali ni. Lepas habis jawab MTeST hari tu lagi aku dah rasa semacam. Sebab tu aku tak terlalu menaruh harapan tinggi dan berserah je.. InsyaAllah, kalau kursus ni ditawarkan lagi untuk ambilan seterusnya, aku cuba mohon lagi. Cuba, cuba dan terus mencuba =)




Untuk kawan-kawan yang berjaya dapat temuduga (Wani, Fareez, Syam dan sapa-sapa la yang berjaya), tahniah untuk hangpa semua..=) Alhamdulillah, kali pertama mohon terus dapat.  Aku tumpang gembira. Buat yang terbaik untuk temuduga tu nanti naa.. Aku doakan moga segalanya dipermudahkan dan insyaAllah hangpa berjaya lepas temuduga tu. Amin..



2 comments:

  1. Iliani,yang penting sabar dan jangan cepat give up k? Hang dah buat yang terbaik.Mungkin Allah nak bagi ganjaran yang lebih lepas ni.Insya-Allah..hanya dia saja yang tahu.

    ReplyDelete
  2. Baik..harap2 macam tu la kan.amin..
    thanx imah 4 ur support :,)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...